Pilih Bahasa

Ambil tawaran PTPTN

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Foong Hin (tengah) bersama para pelajar yang mendapat tawaran PTPTN untuk melanjutkan pengajian di IPTA. – Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke insitutsi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) digalakkan mengambil peluang tawaran pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata tawaran itu khusus buat pelajar yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan memandangkan PTPTN menawarkan faedah pinjaman yang sangat rendah.

“Walaupun PTPTN mengalami masalah kewangan serius disebabkan jumlah tunggakan bayaran pinjaman daripada peminjam PTPTN sebelum ini masih tinggi, namun pelajar yang mendapat tawaran ke IPTA masih ditawarkan skim pinjaman sekiranya mereka layak.

“Meskipun PTPTN menghadapi kekangan kewangan dan situasi ini dilihat satu business yang agak rugi bagi PTPTN tetapi komitmen untuk membantu para pelajar tetap diteruskan dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghargai usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurkan majlis penyerahan deposit untuk pembiayaan PTPTN di Dewan Mesyuarat DBKK di sini hari ini.

Foon Hing berkata PTPTN mengalami masalah kewangan serius sejak kebelakangan ini apabila terpaksa menanggung RM2.74 bilion pinjaman yang masih belum dijelaskan oleh peminjam tabung berkenaan sejak sekian lama.

Tambah beliau lagi daripada RM54.37 yang telah dipinjamkan cuma RM13 bilion sahaja yang dapat dikutip semula sehingga September lalu.

Sehubungan itu beliau menggesa mahasiswa yang mempunyai tunggakan hutan PTPTN segera menjelaskan pinjaman mereka bagi membolehkan generasi pelajar akan datang turut berpeluang melanjutkan pelajaran dengan bantuan tabung tersebut.

Menurutnya kerajaan PH akan menyemak semula perkara berhubung PTPTN yang pernah disebut dalam manifesto sebelum ini dan satu konsultasi rakyat sudah dijalankan pada Mei lalu.

Begitupun katanya belum ada keputusan muktamad dicapai bagaimana potongan gaji dilaksanakan memandangkan banyak cadangan turut dibincangkan. – SabahNewsToday