Pilih Bahasa

AMT Wira Warisan Sepanggar berazam bawa perubahan sehingga akar umbi

KOTA KINABALU : Slogan ‘Sepanggar Kita Punya’ mengiringi langkah serta gerak kerja Ahli Majlis Tertinggi Wira Bahagian Sepanggar selepas mendapat mandat dan kepercayaan para perwakilan dalam pemilihan Bahagian Sepanggar Sabtu lalu.

Setiausaha Wira Warisan Sepanggar, Awang Salamat Eton berkata slogan yang menjurus ke arah perpaduan, patriotisme, kerjasama, tranformasi, serta gerak kerja menyeluruh di segenap pelusuk kawasan dalam bahagian Sepanggar ini dalam mesyuarat pertama sayap itu yang dipengerusikan oleh Jumardie Lukman.

AMT Wira Warisan Sepanggar sesi 2019-2021 diketuai oleh Jumardie Lukman (tengah). Gambar SNT/Ihsan Wira Warisan Sepanggar

Ianya turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Wira Julius J.J. Gala Junior, Naib Ketua Faidzul Hafiezam Rahim serta ahli-ahli Majlis Tertinggi (AMT) Wira Sepanggar.

Dalam sidang mesyuarat AMT tersebut, Jumardie mengucapkan setinggi kesyukuran serta merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan Wira Warisan Sepanggar kerana memberi kepercayaan kepadanya memimpin sayap bahagian tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Jawatankuasa Penaja Wira Warisan Bahagian Sepanggar yang lalu yang diketuai oleh Norazmi Alimat dan rakan-rakan yang lain atas usaha mereka.

Dalam pada itu, Jumardie turut menegaskan bahawa AMT Wira Sepanggar yang baharu ini akan terus berusaha dan menambahbaik segala perancangan demi untuk mempertahankan dan memastikan kelestarian Parti Warisan Sabah serta masa depan anak bangsa akan terus dibela dan dihormati.

Jumardie Lukman. Gambar Fail SNT

Dalam mesyuarat tersebut Awang Salamat telah dilantik sebagai Setiausaha manakala Reynold Valentine Chin sebagai Bendahari.

Beberapa intipati utama yang dikemukakan bersama dalam sidang Mesyuarat Pertama AMT Wira bahagian tersebut antaranya pengisian program dan aktiviti yang bakal dianjurkan, kursus-kursus yang akan diadakan, serta gerak kerjayang berterusan.

Ianya bagi memastikan segala perancangan yangdirancangan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen, membuka ruang yang lebih luas dari segi jaringan perkongsian bersama seluruh ahli-ahli Wira Warisan Bahagian di peringkat akar umbi dengan mewujudkan biro-biro tertentu yang mempunyai peranan masing-masing.

Julius J.J. Gala Junior. Gambar Fail SNT

Jumardie juga mengingatkan agar rakan-rakan AMT Wira Bahagian agar tidak mempunyai sifat hasad dengki, iri hati, dan bersikap negatif antara satu sama lain.

Sebaliknya, mereka haruslah menanamkan sikap tolong menolong, bekerjasama, hormat menghormati, jujur, ikhlas, serta setia dan berjuang mempertahankan parti.

Selain itu, katanya menerusi biro-biro yang telah dibentuk juga akan turut memberi perhatian serta penekanan terhadap langkah untuk memastikan gerak kerja yang dirancang dapat dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira agama, suku
kaum, dan kedudukan.

Usaha juga perlu dibuat supaya setiap maklumat dan input dapat dikongsikan hingga ke peringkat akar umbi di segenap pelusuk kawasan Sepanggar.

Awang Salamat Eton. Gambar Fail SNT

Usaha ini adalah bagi memastikan perhatian dapat diberikan khususnya kepada golongan muda atau Gen-Y selaku tunjang yang akan menjadi penentu kepada kemenangan parti di saluran dua yang diisi oleh pengundi-pengundi muda dalam PRU15 yang akan datang.

Jumardie turut berharap agar sokongan dan kepercayaan setiap ahli akan terus
dipertahankan dalam usaha menambah bilangan keahlian dan melebarkan parti di masa akan datang.

Beliau bersama AMT yang lain turut menitipkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan dalam PRU14 yang lalu serta menyatakan sokongan penuh khususnya kepada Datuk Mohd. Azis Jamman selaku Ahli Parlimen Sepanggar yang juga selaku Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Sepanggar bagi sesi 2019-2021.

Mereka juga mengucapkan tahniah kepada Azhar Datuk Haji Matussin Adun Karambunai, dan juga Kenny Chua Adun Inanam, seterusnya kepada pihak Kerajaan NegeriSabah yang kini diterajui oleh Warisan.-SabahNewsToday