Pilih Bahasa

Anggota dan kepimpinan Warisan perlu sentiasa berfikiran rasional demi kebaikan parti

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Anggota serta kepimpinan Warisan di negeri ini diminta sentiasa berfikiran rasional dalam membuat sebarang keputusan demi kebaikan parti.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah merangkap Ketua Bahagian Parti Warisan SabahOk Sipitang, Datuk Dr Yusof Yacob setiap keputusan yang dibuat juga harus mempunyai toleransi antara sesama kepimpinan tertinggi mahupun anggota agar semua dapat memuaskan hati semua pihak.

Yusof (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan Ramadan kepada asnaf dan OKU pada Majlis IftarJamaie Bersama Tiga Sayap Parti Warisan Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

“Kepimpinan kita (Warisan) kini banyak mendapat banyak perhatian. Oleh itu, semua yang berada di bawah parti ini harus menjaga segala tingkahlaku dan perbuatan kerana ia secara tidak langsung memberi kesan samaada positif atau negetif kepada parti.

“Dalam pada itu, kita juga sedang merancang dan menyusun banyak agenda untuk dilaksanakan. Justeru, kita perlu sentiasa bertolak ansur dan sabar dalam membuat keputusan,” katanya.

Yusof (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Ramadan kepada asnaf dan OKU pada Majlis IftarJamaie Bersama Tiga Sayap Parti Warisan Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis IftarJamaie Bersama Tiga Sayap Parti Warisan Sabah, dekat sini, hari ini.

Yusof hadir bagi mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman selaku Ketua Wira Warisan, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraisah Munirah Majilis yang juga Ketua Wirawati Warisan dan Ketua Wanita Warisan Siti Aminah Jabarkhan.

Majlis berbuka puasa berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar dan beberapa menteri Kabinet negeri yang lain.

Lebih 500 asnaf serta Orang Kurang Upaya (OKU) menerima sumbangan Ramadan berupa duit raya dan barangan keperluan dapur.

Semua penerima meliputi sekitar bandar raya ini dan kawasan sekitar termasuklah Tuaran, Sepanggar, Putatan dan Papar.

Sementara itu, Yusof berkata beliau meminta pemimpin serta anggota Warisan agar saling bekerjasama dalam memastikan semua agenda yang mahu dijayakan dapat dilaksanakan dengan sempurna. -SabahNews Today