Pilih Bahasa

Anggota tentera maut motosikal terbabas

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Tanjung Purun. – Gambar SNT/ Ihsan IPD Labuan

LABUAN: Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditunggangi terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Tanjung Purun berhampiran gelanggang bowling Padang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa kenali pasti sebagai Muhamad Afiq Mohamad Waris, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah pada bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata mangsa dipercayai anggota tentera selepas melihat alamat terakhirnya di markas tentera udara Kuala Lumpur.

“DIfahamkan mangsa menunggang motosikal jenis Yahama itu seorang diri dan dipercayai dalam perjalanan dari arah bandar menghala ke Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Membidai .

“Bagaimanapun, sejurus tiba dilokasi kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan  selepas melalui selekoh ke kiri lalu terbabas ke kanan jalan dan terlanggar pokok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Farid berkata pegawai perubatan yang ditugaskan ke lokasi kemalangan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia ditempat kejadian.

Jelasnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk bedah siasaat manakala motosikal mangsa yang mengalami kerosakkan teruk dibawa ke Balai Polis Labuan untuk pemeriksaan Puspakom.

Menurut beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SabahNews Today