Pilih Bahasa

Anifah dijangka tubuhkan parti baharu berasaskan perjuangan MA63

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan bakal membentuk parti baharu di Sabah yang memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Datuk Anifah Aman. Gambar Fail SNT

Keputusan tersebut menyaksikan bekas Menteri Luar itu tidak akan menyertai mana-mana parti kebangsaan dari Semenanjung selepas keluar daripada Umno.

Perkara itu dinyatakan oleh sumber terdekat dengan beliau menerusi laporan oleh beberapa media hari ini.

Tanpa mengulas lanjut mengenai apakah parti baharu itu, Anifah dikatakan mahu fokus terhadap parti berasaskan kepentingan rakyat negeri ini.

Ini memandangkan parti dari Semenanjung dikatakan seakan sudah tidak mendapat tempat dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak apatahlagi dalam memperjuangkan hak Sabah dalam isu MA63.

Anifah mengumumkan meletakkan jawatan dalam UMNO pada 19 September lalu dan menjadi ahli Parlimen bebas. – SabahNewsToday