Pilih Bahasa

ANWAR BUAT KUNJUNGAN HORMAT TERHADAP TYT SABAH

KENANGAN… Anwar (tiga dari kiri) dan ahli rombongan bergambar bersama Tun Juhar (lima dari kanan). Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KUNJUNGAN HORMAT … Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu pagi tadi.

Anwar diiringi Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang juga TImbalan Ketua Menteri tiba di Istana Negeri pada jam 11.30 pagi dan mengadakan pertemuan selama 30 minit dengan Tun Juhar.

Dalam siri lawatan pertama ke Sabah selepas Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Persekutuan baharu Mei lalu, Anwar kemudian menuju ke Seri Gaya untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Anwar (kiri) berbual mesra bersama Tun Juhar. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Dalam lawatan seharinya,  beliau juga dijadual menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2018 anjuran PKR dan Program Bicara Malaysia Baharu anjuran  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta bertemu dengan Ketua Cabang dan penyokong PKR di Tawau, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.SabahNewsToday/Penerangan