Pilih Bahasa

APMM GAGALKAN CUBAAN LIMA PTI MASUK KE TAWAU

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Cubaan seorang juragan tempatan membawa masuk lima pendatang asing tanpa izin (PTI) warganegara Indonesia ke daerah ini gagal selepas bot dinaiki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tawau, petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi APPM Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, pihaknya yang menjalankan rondaan Operasi Pluto Timur dan Operasi Maharlika Dua pukul 1.30 petang menahan dan memeriksa bot penumpang terbabit.

Bot yang dinaiki lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang juragan tempatan ditahan di perairan Tawau, pukul 1.30 petang semalam. Gambar SNT / Ihsan APMM Tawau

Katanya, pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan lelaki berusia 18 tahun bersama lima penumpang termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh hingga 38 tahun berada di dalam bot.

“Kita kemudian menjalankan pemeriksaan keatas lima penumpang terbabit. Bagaimanapun, semua penumpang warganegara Indonesia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan mendapati bot penumpang terbabit disyaki dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik menuju ke daerah ini,” katanya.

Semua pati termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun ditahan dan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63. Gambar SNT / Ihsan APMM Tawau

Mohd Yusri berkata, semua pati ditahan dan dibawa ke jeti Maritim untuk siasatan lanjut dibawah Akta Imigresen 1959/63. –SabahNewsToday