Pilih Bahasa

APMM RAMPAS 77 KARTON ROKOK PELBAGAI JENAMA

Oleh Nasrawati Syarifuddin

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya merampas 77 karton rokok pelbagai jenama, dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini melalui perairan Kampung Air Puyut, di sini, 7 pagi tadi.

Pengarah APMM Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Mohamad Salleh berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab mengesan sebuah bot enjin sangkut dalam keadaan mencurigakan.

Bot yang digunakan oleh penyeludup ditinggalkan oleh tekong yang melarikan diri ke daratan. Inset: Rokok seludup dibungkus dengan beg plastik hitam dalam bot terbabit. Gambar SNT/Ihsan APMM

“Apabila menyedari kehadiran bot APMM, suspek kemudian bertindak meluncur laju ke arah kawasan daratan dan tekong bot berjaya melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan di dalam bot terbabit, kita menemui bungkusan plastik yang berisi 77 karton rokok pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau percaya tekong berkenaan cuba menyeludup masuk rokok terbabit untuk tujuan pasaran.

“Semua rokok, bot dan enjin sangkut bernilai RM13,440 dirampas dan dibawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Jabatan Pelabuhan Dermaga Sabah(JPDS),” katanya.-SabahNewsToday