Pilih Bahasa

Azis Jamman kemalangan motosikal dalam konvoi AADK

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman terlibat dalam kemalangan motosikal dekat Bukit Kelawat pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan telah dihantar ke Hospital Tuaran.

Azis bersedia berlepas dengan penunggang motosikal lain dalam konvoi AADK pagi tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Azis menyertai konvoi Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sempena promosi Regatta Lepa yang dirasmikan olehnya di Dataran DBKK awal pagi.

Difahamkan Azis terjatuh dan diseret motosikal sekitar jam 10 pagi di selekoh semasa menuruni bukit ke Ranau.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman sebelum pelepasan konvoi di perkarangan DBKK pagi tadi. Mohd Azis menunggang motosikal berkuasa tinggi model Street Glide dari Harley Davidson dan terlibat dengan kemalangan di Bukit Kelawat Jalan Tuaran-Kota Belud lebih kurang 10 pagi tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Ambulans yang mengiringi konvoi membawa beliau ke hospital terdekat iaitu Hospital Tuaran sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.

Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil.-SabahNewsToday