Pilih Bahasa

BACAAN INDEKS DI DUA DAERAH DI SABAH SEDERHANA

KOTA KINABALU, 9 Mac (Bernama) — Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu dan Keningau berada pada tahap sederhana sehingga petang ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kota Kinabalu menurun kepada 55 berbanding 61 semalam.

Bacaan IPU di daerah Keningau turut menunjukkan penurunan iaitu daripada 74 semalam kepada 58.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

— BERNAMA