Pilih Bahasa

BANGUNAN PRA SEKOLAH SK NANDAGAN TERBAKAR DI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Oleh Alfred Petrus

Anggota bomba sedang memadamkan api yang masih marak di bangunan pra-sekolah itu. Gambar SNT/Ehsan Bomba

SOOK: Sejurus menamatkan hari pertama persekolahan, kira-kira 18 orang murid Pra Sekolah di sini kehilangan tempat menimba ilmu apabila bangunan sekolah berkenaan musnah dijilat api petang hari ini.

Penguasa Bomba (PgB) Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata kebakaran tersebut berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Nandagan yang hanya melibatkan struktur bangunan Pra Sekolah berkenaan.

“Kelas Pra Sekolah menempatkan 18 orang murid dengan seorang guru dan pembantu guru.

Bangunan Pra Sekolah Nandangan musnah terbakar. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Namun, kesemua murid dan guru tiada di dalam bangunan tersebut semasa kebakaran berlaku.

“Kebakaran tidak melibatkan struktur lain kerana berada jauh dari kedudukan bangunan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sementara itu, Yuszaimi berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 3.08 petang.

“Seterusnya, BBP Keningau respon ke lokasi kejadian dengan kekuatan 16 org pegawai dan anggota bersama.

“Pasukan bamba tiba dilokasi pada pukul 4.35 petang,” katanya. -SabahNewsToday