Pilih Bahasa

Bantuan diberi untuk penduduk majukan tanah secara komersial

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Peter (tengah), Jamawi (dua dari kiri) dan Norita (kanan) mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak semasa Majlis Tumah Terbuka Adilfitridi Dewan Kompleks Sukan Tenom. – Gambar SNT/Ihsan KPI

TENOM: Kerajaan komited membantu masyarakat khususnya di luar bandar di negeri ini mengusahakan kawasan tanah terbiar untuk dibangunkan secara komersial.

Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata tanah terbiar boleh diusahakan dengan pelbagai tanaman pertanian secara lebih baik melalui bantuan yang akan disalurkan kerajaan. 

“Saya sudah mengarahkan pentadbiran daerah untuk mendaftarkan penduduk yang mempunyai tanah yang belum di usahakan untuk dibantu.

“Oleh itu saya menggesa penduduk agar mendaftarkan tanah kepada pejabat daerah untuk proses selanjutnya,” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 Gabungan Adun Melalap, Kemabong dan Parlimen Tenom di Dewan Kompleks Sukan Tenom di sini hari ini

Katanya langkah itu juga akan dapat membantu mengimbangi harga pasaran getah dan sawit yang tidak menentu pada masa kini. 

Sementara itu Pengerusi penganjur merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kembong, Jamawi Jaafar berkata majlis yang dianjurkan secara bergabung dengan komponen parti kerajaan negeri hari ini bertujuan mengeratkan perpaduan pelbagai kaum dan pemimpin.

Katanya jalinan baik antara pemimpin politik antara yang membuktikan kesatuan dalam kerajaan negeri yang mempunyai hala tuju untuk membangunkan rakyat khususnya di daerah pedalaman

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tenom, Norita Sual berkata rakyat seharusnya bersyukur kerana perpaduan yang wujud termasuk kerjasama baik antara parti dalam kerajaan Sabah membolehkan sambutan perayaan diraikan disemua kaum dengan aman dan damai. 

Majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang itu turut di meriahkan dengan persembahan kebudayaan, nasyid ,jamuan raya dan agihan duit raya kepada golongan kurang berkemampuan. – SabahNewsToday