Pilih Bahasa

BELIA DISERU LIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI SUKAN

Oleh Chris Maskilone

Felix (tengah bertopi biru) bersama pasukan yang menyertai kejohanan dan pimpinan Upko Beluran. Gambar SNT/Ehsan Upko Beluran

TELUPID: Para belia dinasihatkan agar melibatkan diri dengan program seperti kejohanan bolasepak yang membina kecergasan dan kesihatan diri.

Ketua Upko Beluran Felix Joseph Saang berkata selain itu penglibatan belia dalam aktiviti sihat sedemikian akan dapat menjauhkan mereka daripada gejala sosial tidak sihat.

Program seperti kejohanan sukan juga adalah medium terbaik untuk mengeratkan perpaduan yang sedia ada, katanya semasa merasmikan Kejohanan Bolasepak 9 – Sebelah anjuran UPKO cawangan Kampung Wonod dan Kampung Lumou di padang belia Kg Wonod baru-baru ini.

Pengerusi Penganjur Moris Kiun (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Felix. Gambar SNT/Ehsan Upko Beluran

Felix yang juga Ketua Pemuda Upko Nasional berkata yang paling penting adalah kejohanan seperti ini menjadi medan bagi para belia mempamerkan bakat dan potensi dalam sukan bolasepak.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Moris Kiun merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Felix kerana memberi beliau kepercayaan untuk  menganjurkan kejohanan tersebut.

Para pemain pasukan Buckshot yang muncul juara kejohanan dengan pingat kemenangan mereka. Gambar SNT/Ehsan Upko Beluran

Beliau juga gembira dengan sambutan para belia di kampung Wonod dan Kampung Lumou serta sekitarnya.

Kejohanan yang disertai 19 pasukan itu tersebut berakhir dengan Pasukan Buckshot menjadi juara sementara tempat kedua KBOS FC, ketiga KBOS Junior FC dan keempat Alliance Team.-SabahNewsToday