Pilih Bahasa

BENGKEL PENANDARAS PELANCONGAN BERASASKAN KOMUNISTI (CBT)

Oleh Sabah News Today

Seramai 25 peserta telah menyertai Bengkel Penandaras Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. – Gambat SNT / Ihsan DBKK

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Persatuan Homestay Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penandaras Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 9 Mac 2019 bertempat di Homestay Seri Serbang, Bongawan, Papar. 

Seramai 25 peserta telah menyertai bengkel itu yang terdiri daripada Peserta Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam; Jawatankuasa Eko Pelancongan Kampung Kolunsunan, Inanam dan Jawatankuasa Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Pinahuwon, Inanam.

Objektif bengkel itu diadakan untuk mengenalpasti potensi pelancongan yang berasaskan komuniti di ketiga-tiga kampung di samping berkongsi pengalaman dengan Penyelaras Homestay Seri Serbang, Bongawan, Jeffry Hossil yang baru-baru ini telah dianugerahkan ‘Million Achievement’ oleh World Homestay Organization Summit for Tourism 2018.

Peserta Bengkel Penandaras Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengabadikan kenangan selepas program itu. – Gambat SNT / Ihsan DBKK

Selain daripada berbengkel, peserta juga berpeluang untuk mengikuti pakej yang ditawarkan di homestay tersebut iaitu River Cruise dengan merasai suasana kampung, meyaksikan monyet Proboscis dan serangga kelip-kelip di sepanjang Sungai Bongawan.

Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK, Lizawana Matin berkata peserta juga di bawa ke Kuala Sungai Bengawon  dan singgah ke Pantai Kenangan untuk menikmati matahari tenggelam.

Beliau berkata hasil daripada bengkel tersebut, dicadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras pembangunan pelancongan berasaskan komuniti untuk ketiga-tiga kampung.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada wakil ketiga-tiga kampung iaitu Homestay Desa Cinta Kobuni, Kampung Kolunsunan dan Kampung Pinahuwon, Inanam.

Bengkel ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penyertaan yang disempurnakan oleh Penyelaras Program, Fauziahton Awang Samad. – SabahNewsToday