Pilih Bahasa

BENGKEL TARIAN TRADISI MALAYSIA TARIK MINAT SEKOLAH-SEKOLAH DAN KUMPULAN TARI LABUAN

Oleh Alfred Petrus

Gambar kenangan peserta bengkel selepas menamatkan keseluruhan sesi bengkel berkenaan. -Gambar SNT/Alfred Petrus

LABUAN: Bengkel Tarian Tradisi Malaysia Siri Satu 2018 mampu menjadi wadah perhubungan antara Perbadanan Labuan dangan sekolah-sekolah seluruh wilayah.

Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan, Mahathir Abd. Hamid berkata ia dapat menarik minat dan sokongan terhadap program kesenian anjuran Perbadanan Labuan.

“Sudah pasti program ini melibatkan penyertaan daripada sekolah menengah dan Kumpulan Budaya yg terdapat disekitar Labuan.

“Bengkel ini juga memberikan pendedahan berkonsepkan cintakan budaya sendiri yang diharapkan meningkatkan kesedaran generasi muda sebagai insan bersahsiah tinggi dan berbudaya mapan.

Peserta turut diajar berkenaan baju tradisi masyarakat Dusun Lotud dalam sesi wacana bengkel berkenaan. -Gambar SNT/Alfred Petrus

“Ia juga sebagai penggalak kepada kumpulan tarian di Labuan agar lebih yakin dan berketerampilan di peringkat luar Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Tarian Tradisi Malaysia Siri Satu 2018 di sini baru-baru ini.

Katanya, program itu adalah langkah pertama Perbadanan Labuan dalam bidang kebudayaan.

Peserta daripada sekolah dan kumpulan tarian Wilayah Persekutuan Labuan diajar tarian sumayau Dusun Lotud Tuaran. -Gambar SNT/Alfred Petrus

Tambahnya, jika ia mendapat respon yang positif daripada sekolah dan kumpulan tarian, bengkel berkenaan akan teruskan Perbadanan Labuan pada masa hadapan dengan sokongan atau penambahan penyertaan daripada sekolah lain.

Jelasnya, pada bengkel berkenaan memfokuskan kepada tarian sumayau Dusun Lotud Tuaran dan peserta yang menyertai turut digalakkan menyertai pertandingan tarian sempena Borneo Arts Festival 2018. -SabahNewsToday