Pilih Bahasa

Bernas agih 1,500 bubur lambuk

Oleh Zakaria Damit

Jasnih (tiga dari kanan) mengetuai memasak bubur lambuk Bernas. – Gambar SNT/Ihsan Bernas

Kota Kinabalu: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari ini telah mengadakan program memasak bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada masjid dan orang ramai.

Sejumlah 1,500 bubur lambuk menggunakan beras wangi telah disediakan oleh kakitangan syarikat itu.

Program julung kali itu telah dijalankan dengan kerjasama pihak Sazarice Sdn Bhd, Adabi dan Kelab Bernas Malaysia Cawangan Sabah.

Warga kerja Bernas mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalanraya di Kolombong. – Gambar SNT/Ihsan Bernas

Program memasak bubur lambuk itu disediakan secara gotong-royong oleh kakitangan Bernas Sabah sebelum diedarkan kepada masjid yang berdekatan di sekitar Ibu negeri.

Turut menerima bubur lambuk Bernas ialah pengguna jalan raya yang melalui kawasan tapak program di Kolombong.

Ketua Jabatan Operasi Malaysia Timur (Sabah), Jasnih Daya berkata program itu bertujuan mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat selain mengimarahkan bulan Ramadan.

“Bubur lambuk ini amat istimewa kerana ia dimasak menggunakan beras wangi. Saya berharap program ini akan dapat diteruskan kerana respon yang diterima daripada orang ramai amat positif,” katanya. – SabahNewsToday