Pilih Bahasa

Bersatu Sabah bantu PDM PRK Parlimen Tanjung Piai

Hajiji (tengah) diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Japlin Akim (kanan) semasa melawat PDM Serkat. – Gambar SNT/Ihsan Bersatu Sabah

JOHOR: Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor bersama Timbalannya, Datuk Masidi Manjun melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Serkat Tanjung Piai, Johor bagi kempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Bersatu Sabah telah ditugaskan menjaga PDM tersebut sepanjang kempen PRK Parlimen Tanjung Piai.

Hajiji (tiga dari kanan) bersama Masidi (empat dari kanan) berbual mesra bersama jentera PH di daerah mengundi PRK Tanjung Piai. – Gambar SNT/Ihsan Bersatu Sabah

“Pemimpin Bersatu Sabah bersama-sama Srikandi dan Armada kini berkampung di PDM Serkat bagi membantu kempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) (Bersatu) Karmaine Sardini”, kata Hajiji.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon Bebas. – SabahNewsToday