Pilih Bahasa

BERSUKAN CEGAH BELIA TERJEBAK GEJALA NEGATIF

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Jamawi menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada belia di Taman Ko Pelajaran Tenom. Gambar SNT/Ehsan Pejabat Adun Kemabong

TENOM: Pembabitan belia dalam sukan bukan sahaja menyihatkan badan, tetapi juga dapat membantu mereka daripada terjebak dengan gelaja negatif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, masa yang terluang tanpa aktiviti akan menyebabkan generasi muda lalai dan mudah melibatkan diri dalam aktiviti jenayah.

“Banyak program riadah dan sukan yang diminati oleh golongan belia boleh dianjurkan bagi mengisi lapang mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada belia di Taman Ko Pelajaran Tenom, hari ini.

Jamawi berkata, katanya kerajaan turut menyediakan tempat untuk belia melakukan aktiviti berfaedah seperti dewan masyarakat dan gelanggang sukan sepak takraw, bola tampar dan lain lain.

Katanya, belia boleh memanfaatkan kemudahan ini untuk kegiatan berfaedah, sekali gus mampu mengurangkan kadar jenayah membabitkan belia.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Badan Belia USIA Sabah, kerajaan melalui pelbagai agensi dibawahnya sentiasa mengambil berat mengenai keperluan belia demi memastikan mereka hidup sihat dalam rutin harian masing-masing.

Menurutnya, sebarang aktiviti sukan dan riadah itu dapat dijadikan sebagai titik tolak dalam usaha mendidik generasi muda agar cintakan amalan hidup sihat dan berkualiti. – SabahNewsToday