Pilih Bahasa

BIAR PRESIDEN WARISAN MEMBUAT KENYATAAN – DARELL LEIKING

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) menyerahkan kepada Presiden Warisan bagi membuat kenyataan berhubung kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan parti berkenaan bakal melebarkan sayap ke Sabah.

Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking berkata beliau meminta semua pihak untuk menunggu pengumuman yang bakal dinyatakan sendiri Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai perkara yang berlaku dalam jangka masa 24 jam itu.

Darell ditemui pemberita selepas perasmian MARii Satellite Sabah hari ini. Gambar SNT/Mohd Nazllie Zainul

“Saya percaya kemungkinan beliau akan membuat kenyataan berkaitan hal ini esok

“Setakat ini juga tiada sebarang pertemuan khas antara Majlis Tertinggi (MT) Warisan dengan beliau.

“Kami akan bertemu setiap hujung minggu
namun pertemuan terbabit bukan untuk membincangkan perkara ini.

“Perjumpaan lebih kepada cara kita menyebarkan berita baik dan terangkan kepada orang awam tentang perkara sedang berlaku di Sabah,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Satellite Sabah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan meskipun terdapat pemimpin pembangkang di Sabah menyertai Bersatu, tiada sebarang perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Warisan tetap kerajaan memerintah dan kita sudah ada ketua menteri dan kabinet.

“Semua perubahan tetap tertakluk kepada keputusan ketua menteri,” katanya. -SabahNews Today