Pilih Bahasa

Bola Sepak Saga IX: Keningau juara kategori lelaki, Tambunan johan bagi wanita

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KENINGAU: Keningau muncul juara bola sepak kategori lelaki selepas menewaskan Sandakan 2-0 dalam perlawanan akhir di Kompleks Sukan Keningau, malam tadi.

Perlawanan sengit itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhen dan Pembantu Menterinya, Arunarasih Taib yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan Bola Sepak lelaki Keningau juara Saga IX. Gambar SNT/Ihsan Penerangan

Sementara itu pasukan Tambunan meraih emas dalam bola sepak kategori wanita menewaskan Kota Kinabalu 1-0 pada perlawanan akhir pada sebelah petang.

Gangsa bagi kedua-dua kategori dimenangi oleh Kota Kinabalu dan Sandakan.

Phoong Jin Zhe (kanan) mengalungkan pingat emas kepada pemain Keningau. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Dalam acara badminton pula Kota Kinabalu mendominasi acara akhir dengan memenangi tiga daripada lima pingat emas yang dipertandingan.

Pasukan itu meraih emas dalam acara beregu lelaki, beregu campuran dan perseorangan wanita manakala begeru wanita dimenangi Kinabatangan manakala atlet Papar memperolehi emas dalam perseorangan lelaki akhir.

Antara penonton yang hadir menyaksikan perlawanan akhir bola sepak lelaki di antara Keningau menentang Sandakan di Kompleks Sukan Keningau. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Sementara itu sebanyak 15 pingat emas dipertandingan dalam acara pencak silat yang diadakan di Dewan Masyarakat Tambunan.

Pasukan yang meraih emas ialah Keningau dengan dua emas, Kota Marudu (tiga), Lahad Datu (dua), Tambunan, Nabawan dan Kinabatangan, Tuaran, Semporna dan Kalabakan (satu). – SabahNewsToday