Pilih Bahasa

Bom Perang Dunia Kedua hidup dimusnahkan

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA BELUD: Sebutir bomb jenis Shell 105 milimeter (mm) Alteleri yang masih aktif peninggalan perang dunia kedua milik pasukan keselamatan ditemukan di tapak pembinaan Menara Telekom baharu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superitendan Mohd Zaidi Abdullah berkata bom tersebut telah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) pagi semalam.

Sebutir bom jenis Shell 105 milimeter (mm) Alteleri perang dunia kedua ditemukan di tapak Menara Telekom baharu Kota Belud. – Gambar SNT/Ihsan polis

Menurut Mohd Zaidi kerja-kerja pemusnahan bom itu selesai kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi (23 Jun) dan anggota UPB menggunakan seunit Vulcan dan magnesium, 50 gram plastic explosive (PE) dan sebuah detonatoer.

“Semasa kerja pemusnahan dijalankan tiada sebarang kemalangan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaidi berkata bom berkenaan ditemukan oleh pekerja binaan menara Telekom itu berhampiran pejabat daerah Kota Belud.

Katanya semasa pekerja tersebut melakukan pembersihan dan meratakan tanah di kawasan tersebut telah menemui objek yang menyerupai bom.

“Pekerja terbabit terus memaklumkan kepada pegawai Telekom yang kemudian datang ke lokasi bagi melihat objek yang dikatakan bom, seterusnya ke IPD Kota Belud untuk membuat laporan polis,” katanya. – SabahNewsToday