Pilih Bahasa

BOM TINGGALAN PERANG DUNIA KEDUA DITEMUI, DIMUSNAHKAN HARI INI

Oleh Alfred Petrus

Bom yang akan dimusnahkan oleh UPB hari ini. Gambar SNT/Eshan Media Sosial

KUDAT: Sebutir bom lama peninggalan perang dunia kedua akan dimusnahkan hari ini (Isnin) oleh Unit Pemusnah Bom (UPB).

Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata bom tersebut dijumpai oleh seorang lelaki ketika sedang membersihkan kawasan kebun di Kampung Pinangsoo pada Ahad.

Katanya Balai Polis Kudat menerima laporan daripada lelaki berkenaan mengenai penemuan satu objek yang disyaki bom pada kira-kira pukul 2.00 petang.

Bom dipercayai tinggalan perang dunia kedua dijumpai di Kampung Pinangsoo. Gambar SNT/Ehsan Media Sosial

“Pegawai dan anggota Cawangan Persenjataan dan UPB kemudiannya bergegas ke lokasi.

“Seterusnya mengenalpasti objek itu sebagai sebutir bom jenis Airbomb peninggalan perang dunia kedua,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jelasnya segala langkah-langkah keselamatan kemudiannya diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Antaranya menghentikan kerja-kerja pengorekan tanah sekitar kawasan itu, menutup jalan masuk, membuat garisan kuning polis di lokasi dan memaklumkan kepada orang awam, pihak sekolah serta penduduk yang berhampiran bahawa kawasan itu adalah kawasan larangan,” katanya. -SabahNewsToday