Pilih Bahasa

Borneo TFC promosi makanan tradisi masyarakat Lotud

Oleh Chris Maskilone

TUARAN: Pembukaan Borneo Traditional Food Centre (TFC) oleh sekumpulan usahawan tempatan, mempromosikan makanan tradisional masyarakat Lotud di Jalan Labuaya di sini amat dialu-alukan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pengwujudan Borneo TFC akan menarik pelancong negara luar yang ingin melihat budaya masyarakat Dusun Lotud dan merasai sendiri makanan tradisional yang dihidangkan di Borneo TFC.

Madius (duduk tengah) bersama dengan para usahawan di Borneo TFC. Gambar SNT/Chris Maskilone

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran
mengiktiraf usaha Padiman Jabau yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Perniagaan & Perindustrian Lotud Sabah mewujudkan Borneo TFC di sini.

“Borneo TFC dapat membantu meningkatkan ekonomi di negeri Sabah. Ianya secara tidak langsung memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya semasa merasmikan pusat itu pada Ahad.

Turut dirasmikan ialah majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

Dalam pada itu, Madius mengumumkan peruntukan untuk menaiktaraf tandas bertaraf lima bintang di Borneo TFC yang terdapat 14 cafe dan gerai menjual pelbagai juadah.

Madius menurunkan tandatangan di logo Coastal Borneo Style salah satu cafe di Borneo TFC selepas memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai gimik perasmian. Gambar SNT/Chris Maskilone

Dalam majlis yang sama, Madius turut menerima 40 permohonan keahlian.

Antara yang turut hadir ialah Ketua Pemuda Upko, Felix Joseph Saang dan Ketua Upko cawangan Bandar Tuaran, Terrence -SabahNewsToday