Pilih Bahasa

‘Bossku’ hadir di Sandakan

Oleh Chris Maskilone

SANDAKAN: Daerah Sandakan yang bakal mengundi ahli parlimen baharu esok pagi menerima seorang tetamu hari ini iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib membuat lawatan di sekitar Bazaar Ramadan berdekatan Giant Bandar Utama Batu 6.

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membeli telur semasa melawat pasaraya Giant di Bandar Utama, Sandakan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Kawasan menjadi sesak dengan orang ramai kebanyakanya ahli Umno. Turut serta ialah Ketua Perhubungan Umno Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bercakap kepada orang ramai, Najib berkata beliau datang untuk membeli belah.

Mantan Perdana Menteri Datukk Seri Najib Razak membeli minyak masak semasa melawat pasaraya Giant di Bandar Utama, Sandakan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Beliau dilihat membeli sebungkus beras, minyak masak dan juga buah kurma.

Najib yang juga dikenali sebagai Bossku kemudian sempat ikut menyanyi lagu “Saya Anak Kampung” bersama buskers di sana.

Mantan Perdana Menteri Datukk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar menyumbangkan lagu semasa mengadakan lawatan di pasaraya Giant di Bandar Utama, Sandakan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Namun beliau tidak menyatakan sama ada kehadiran beliau di sini ialah untuk memberi sokongan kepada calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil Sandakan.

“Saya datang jikalau dijemput,” katanya.-SabahNewsToday