Pilih Bahasa

Bowling Piala DAJ tarik 1,050 peserta

Oleh Chris Maskilone

Azis bersama kesemua para pemenang dan finalis Piala DAJ selepas majlis penyampaian hadiah di CPS Bowl hari ini. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Kejohanan bowling Piala Datuk Azis Jamman (DAJ) yang berakhir semalam berjaya menarik penyertaan seramai 1,050 pemain dalam peringkat kelayakan.

Ini membuktikan bahawa Sabah mempunyai ramai pemain bowling dan bakat-bakat ini hanya akan dapat dicungkil sekiranya lebih banyak kejohanan diadakan di sini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Azis menyampaikan Piala kepada juara keseluruhan Tan Chien Nan. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Besar kemungkinan terdapat bakat dalam sukan bowling Sabah yang mampu bersaing diperingkat kebangsaan malah antarabangsa dan hanya menunggu untuk bersinar.

“Maka itulah kita fikirkan untuk menganjurkan kejohanan bowling ini dan bukan itu sahaja, sebagai Ahli Parlimen Sepanggar saya juga akan anjurkan seperti Piala Futsal DAJ dengan tujuan sama,” katanya.

Azis bersama pemenang kategori Terbuka Master iaitu Jamlidin Manap (tiga dari kiri), Tan Chien Nan ditempat kedua (kiri) dan tempat ketiga, Intan Qistina Tamring (kanan). Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Azis kemudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang terbahagi kepada empat kategori, termasuk pemain-pemain terbaik peringkat kelayakan.

Juara keseluruhan Kejohanan Bowling Piala DAJ 2019 dimenangi oleh Tan Chien Nan (Hdcp 0) mengumpul jumlah jatuhan pin sebanyal 2,131.

Azis bersama pemenang Graded (A) Master

Dalam kategori Terbuka Master, pemain Hdcp 6, Jamlidin Manap muncul juara dengan pungutan pin sebanyak 2,138 (+ Hdcp) meletakkan Tan Chien Nan di tempat kedua dengan jatuhan pin 2,131 dan Intan Qistina Tamring tempat ketiga dengan jumlah jatuhan pin 2,039.

Bagi kategori Graded (A) Master, Md Shukri Y menjadi juara mencatat jumlah jatuhan pin sebanyak 1,869 manakala Shahdan D (1,843 pin) dan Md Zikri (1,790) masing-masing menang tempat kedua dan ketiga.

Datuk Mohd Azis Jamman menunjukkan bakat bowling beliau sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Bowling Piala DAJ 2019 di CPS Bowl di sini pada Ahad. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Faizal Ali dengan jumlah jatuhan pin 1,696 muncul juara Graded (B) Master sementara Md Zikri menang tempat kedua (1,684 pin) dan Zulfadhli (1,657 pin) di tempat ketiga.

Piala DAJ 2019 Bawah 21-tahun pula dimenangi oleh Siti Nur Afiqah (1,887 pin) diikuti oleh Sushanor Sihanor (1,880) dan Mohd Zulhilmi (1,874 pin).-SabahNewsToday