Pilih Bahasa

BTC Bistro Inanam dan Luyang tawar harga serendah RM15.90 set berbuka puasa

KOTA KINABALU: Kumpulan BTC Berhad menawarkan beberapa pakej hidangan berbuka puasa dikenali sebagai ‘IFTAR COMBO’ pada kadar serendah RM15.90 di Restoren BTC Bistro Inanam serta Luyang di sepanjang Bulan Ramadan ini.

Pengarahnya, Anwar Hussin berkata kesemua hidangan ini boleh didapatisecara bungkus dengan meliputi pakej paling popular iaitu Set Ayam Panggang Madu, Set Ayam Goreng Ala Korea serta Set Ayam Goreng Berempah yang boleh didapati terus di Restoran BTC di Inanam dan Luyang.

Set Iftar Combo Bistro BTC

Katanya BTC juga menawarkan harga promosi sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Set Briyani Dam Set, Nasi Arab Set serta Nasi Pulao Set pada kadar harga RM55.90 berbanding RM78.00 dan jimat sebanyak RM22.10.

“Nasi Arab serta Nasi Pulao hidangan set untuk tiga orang, sangat digemari Bulan Ramadan berikutan harganya sangat murah sangat sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Set Hidangan Bistro BTC

“Hidangan lain iaitu ‘Set Satay Keluarga’ dengan pada harga RM45.90 manakala ‘Set Couple’ RM28.90 dan ‘Set Bujang’ hanya RM22.90 yang merangkumi perisa Ayam, Daging serta Perut.” katanya.

Anwar berkata bagi mereka yang meminati set hidangan ‘Selera Kampung’ BTC Bistro juga menawarkan harga hanya RM36.90 berbanding dulu iaitu RM52.50 dengan penjimatan sebanyak RM15.60.

Set Selera Kampung

“Harga itu merangkumi ‘Set A’ iaitu Nasi Goreng Ala Cina, Penang Char Kuey Teaw Udang, Mihun Sup Tom Yam Daging manakala ‘Set B’ Nasi Goreng Tom Yam Udang dan Bakso Campur. Bagi ‘Set C’ Nasi Goreng Kampung, Mihun Goreng Siam Ayam dan Soto Ayam pada harga hanya RM36.90 sahaja,” katanya.

Anwar berkata bagi pelanggan yang meminati hidangan ‘Set Cheezy Naan’dengan menu hidangan Double Cheese Naan, Cheese Garlic Naan, Tandoori Chicken with Mint Sauce serta Chicken Keema dengan harga RM36.90 berbanding dulu iaitu RM52.50.

Set Side Dishes RM15.90

“Bagi Set Murtabak King iaitu ditawarkan pada harga RM28.90 berbanding dulu RM42.50 yang menawarkan hidangan Set Murtabak King Daging, Murtabak King Ayam, Roti Canai, Acar Bawang, kari dan kuah Dhal,” katanya.-SabahNewsToday