Pilih Bahasa

BUDAYA SUKAN DIPERINGKAT AWAL USIA PENTING

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Johair (berdiri belakang, tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur kejohanan dan para peserta kejohanan. – Gambar SNT / Ehsan Warisan Beaufort

KUALA PENYU: Rakyat di negeri ini perlu menerapkan budaya bersukan disetiap peringkat umur bagi membolehkan lebih banyak bakat baharu dalam bidang sukan di kenal pasti.

Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Beaufort, Johair Matlani berkata ibu bapa perlu memberikan galakan dan dorongan kepada anak mereka pada usia muda bagi mempupuk semangat bersukan.

“Kita ambil contoh negara yang hebat dalam bidang sukan bila diadakan kejohanan mereka akan menjadi juara ini kerana atlitnya telah membudayakan sukan di setiap peringkat.

Johair ketika berucap merasmikan kejohanan Sepak Takraw Terbuka Borneo di Dewan Masyarakat Kampung Melampau. – Gambar SNT / Ehsan Warisan Beaufort

” Dengan adanya semangat ini kelompok bakat dapat dikesan dalam lingkungan yang lebih besar,maka negara tidak akan terlepas bakat berpotensi,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan  Sepak takraw Terbuka Borneo anjuran  Kelab Sepaktakraw Kerukan dan Persatuan Sepaktakraw Daerah Kuala Penyu di Dewan  Masyarakat Kampung Melampau.

Johair yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Klias turut menasihatkan ibu bapa agar tidak beranggapan bersukan sebagai aktiviti yang membuang masa sebaliknya kegiatan yang menyihatkan.

Johair menyampaikan hadiah tiket bertuah kepada salah seorang penerima sempana kejohanan tersebut. – Gambar SNT / Ehsan Warisan Beaufort

“Berikanlah galakan berterusan kepada anak anak untuk bersukan kerana selain ia adlaah aktiviti sihat, bersukan juga dapat mencungkil bakat dan dapat mengisi masa terluang mereka dari terjebak dengan aktiviti gejala negatif,” katanya.

Menurut beliau kerajaan jugamahu menjadikan sukan di negeri ini sebagai wadah menyatu padukan semua kaum agama tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik. – SabahNewsToday