Pilih Bahasa

BUGIS DAN JAWA SEBAGAI ANAK NEGERI, KENYATAAN PERIBADI AIDI- WARISAN

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah menegaskan bahawa kenyataan Datuk Aidi Moktar untuk mengiktirafkan suku kaum Bugis dan Jawa sebagai Anak Negeri adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kaitan dengan pendirian parti itu.

Setiausaha-Agung parti, Loretto Padua berkata Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah berkenaan menyatakan pandangannya tanpa memaklumkan pucuk pimpinan parti terlebih dahulu.

Loretto Sipin Padua Jr. Gambar Fail SNT

“Beliau bebas untuk menyatakan pandangan peribadi beliau, namun apa yang umum kena tahu, perkara ini tidak pernah dibincangkan di peringkat parti,” kata Loretto dalam satu kenyataan di sini Sabtu.-SabahNewsToday