Pilih Bahasa

BUKIT BOTAK SEPANGGAR TERBAKAR

Oleh Alfred Petrus

Pihak bomba membantu mangsa yang mengalami kecederaan di kaki ketika mendaki. Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Kawasan kaki bukit Botak Sepanggar yang juga salah sebuah tempat terkenal peminat ‘hiking’ terbakar lewat petang tadi.

Menurut sumber mengatakan ketika sedang memandu berhampiran bukit tersebut, beliau terlihat dua buah jentera bomba sedang memadamkan api kebakaran di laluan bawah bukit berkenaan.

“Kenderaan awam pun banyak di bahu jalan berhampiran bukit. Kemungkinan masih ada pendaki di bahagian atas.

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Api marak besar dan menghala ke atas,” katanya ketika dihubungi SabahNewsToday di sini pada Selasa.

Namun, anggota bomba yang bertugas mengesahkan tiada mangsa yang terperangkap di atas bukit tersebut ketika kejadian.

Sementara itu, dalam perkembangan dalam perkembangan lain, seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun mengalami cedera di bahagian kaki ketika menjalankan aktiviti riadah mendaki bukit Janggut.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBp) Kota Kinabalu Nickton Berry berkata kanak-kanak tersebut dipercayai terseliuh ketika mendaki bukit.

“Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bertindak memberikan rawatan awal di lokasi seterusnya mengusung mangsa sejauh 600 meter.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada selasa.

Katanya Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 5.53 petang seterusnya menggegaskan 10 orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian.

Jelasnya operasi tamat pada pukul 8 malam. -SabahNewsToday