Oleh Chris Maskilone

TUARAN: Industri kecil dan sederhana (IKS) merupakan platform terbaik bagi rakyat mencari alternatif menambah pendapatan isirumah mereka.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata sekiranya setiap keluarga mempunyai seorang ahli menceburi bidang keusahawanan ia mampu meningkatkan ekonomi negeri.

Melalui cara ini, lebih banyak usahawan yang berpotensi dapat dihasilkan untuk memajukan industri dan perdagangan negeri Sabah khususnya, katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program bersama komuniti dan Pameran Keusahawan 2019 di Dewan Serbaguna Taman Seri Rugading pada Ahad.
Program disertai lebih kurang 75 buah gerai pameran dan jualan secara individu dan juga berkumpulan.

Selain itu, para pengunjung bukan sahaja dapat melawat gerai pameran dan jualan malah turut disajikan dengan pelbagai acara menarik seperti cabutan tiket bertuah, Ratu Ibu Glamor, Pertandingan mewarna, taklimat E- Keusahawanan serta persembahan nyanyian oleh artis tempatan.
Madius berharap program sedemikian akan dapat diadakan secara berterusan setiap tahun.
Dalam para itu, Madius yang juga ahli Parlimen Tuaran turut sempat melayan para pengunjung yang hadir serta mendengar permasalahan rakyat daripada mereka.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Awang Hj Md Yusuf, Pengarah MCMC Mazlan Othaman, pengerusi penganjur bersama program Azlee Okee, Ketua Unit Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan Sabah, Susan Anak Bennet, Presiden PRIHATIN Sabah Dato Kamshari Ibrahim, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Celestinus Lawanding, Ketua Pegawai Eksekutif Daerah Tuaran Jackley Gielbert, serta ketua-ketua Jabatan persekutuan dan negeri dan juga engerusi-pengerusi persatuan.-SabahNewsToday