Pilih Bahasa

Coach Justin kekal ketua jurulatih skuad Piala Presiden 2020

KOTA KINABALU: Justin Ganai dikekalkan sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun bagi mengharungi cabaran Piala Presiden 2020.

Penolongnya musim lalu, Johnny Dominicus pula dipikulkan tugas selaku ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun untuk cabaran Piala Belia 2020.

Justin Ganai. Gambar SNT/Sumber Media Sosial

Ketua jurulatih bawah 19 tahun musim lalu, Billyton Vun Kit Ming pula dilantik sebagai penolong Justin manakala Mohd Faisal Ahmad sebagai penolong Johnny.

Jurulatih penjaga gol kedua-dua skuad muda Tambadau Sabah itu dikekalkan iaitu Dantey S Tipay untuk skuad bawah 21 tahun dan Jasrih Jabidin bagi skuad bawah 19 tahun.

Jurulatih kecergasan skud bawah 21 tahun ialah Handly Sekukut manakala Awang Jasrie Awang Matusin untuk skuad bawah 19 tahun.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Andrew Majanggim mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan semalam.

Sambil itu, SAFA menyenaraikan 44 pemain bawah 21 tahun dan 40 pemain bawah 19 tahun bagi menjalani latihan dan pemilihan akhir.

“Pemain-pemain tersenarai ini telah dikenalpasti dari SAGA (Sukan Sabah) 2019,” kata Andrew.

Latihan dan pemilihan akhir itu akan diadakan di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu bermula jam 7.00 pagi pada Jumaat (10 Januari) hingga 12 Januari.

Bagaimanapun pemain diminta melapor diri bermula jam 2 petang di pejabat SAFA pada 9 Januari dengan menghubungi pegawai tadbir pasukan, Mohd Syazwan Imran (014-4005600).

“Pemain perlu datang dengan kelengkapan yang diperlukan terutamanya kasut bola, kasut joging dan kad pengenalan,” kata Andrew.

Pemain yang dipanggil menjalani latihan pemilihan akhir:

Bawah 21 tahun:
Rexly Alvin Arapin, Hendryfian Analam, Andrew Bekham Jamry, Muhd Rozaily Akhmad, Even Olsen Sydney Damus, Arbi Usman, Nard Cylasto Christopher, Alifrizal Hamid, Muhammad Asyraf Rusydi Musa, Fernando De Eric Jamly, Laduin Epin, JoveanderJusiph, Hamsir Apid, Sufadiansah Saharun, Mohd Nurfikri Othman, Muhammad Faizal Parasi, Rachen Ivan Ranam, Abdillah Zulkifli, Muhammad Ramzi Mustakim, Eric Junior George, Mohd Fakrol Idris, Mohd Fahan Airil Aziz, Fyellonarllye Mcaxora Jappri, Rayner Doliente, Xsevier Xcico Felex, Johan Mansor, Mohd Sharizam Saidin, Ahmad Irwanto, Mohd Ariszamjainol, Asymawi Sulikin, Muhd Faizal Hafiq Mansur, Abd Hanafi Tokyo Abd Hashim, Mohd Izzat Aziz, Muhd Syahmil Nizam, Aisamuddin Mohammad, Gerald Gadit, Abdul Rahim Razali, Syahrul Norsyahrizuan, Erick Odo, Mohd Hizaz Lokman, Leonardo Lisua, Owen Piou, Hilarion Andrew dan Joslan Aping.

Bawah 19 tahun:
Beckham Agustin, Armind Muhd Nunung, Mohammad Rahmat Muji, Joehaeroy Angkawot @ Joseph, Nickzron Roger, Mohd Ferhan Mohammad Johar, Daniel Gabriel Francis, Mohammad Hasmadi Rosdi, Peffderick Panait, Andrew Paul Luis, Fredly Derexlyn Jamly, Mohd Khuzairi Abdullah, Mohd Mirzan Norji, Muhammad Syafaat Awang Din, Randlley De Matheus, Yuseri Yusekil, Wowon Majikun, Fadhli Dzil Ikram Rujin, Vignesh Jordan Alagamalai, Willrreyfenlley Petrus, Romel Remmy Tamin,Jerdin Sudin, Mohd Norhisham Awang Tangah, Shelvendoh Sabian,Mohd Syaril Abdullah, Alexian Jalius, Joffy John, Dannish Danial Omar Maya, Sheherry Aladin, Ritchie Svenson Fred Donny, Mohamad Syukri Suaimi, Dani Adli Saiful Azuan @ Joe, Muhammad Syahryl Aiman Saidin, S.A Radzie Eqmal S.A Radzi, Rozacklye Yanam, Ajay Jamain, Mohd Nasip Mohammad Zain, Mohd Nazemizan Naslon, Fami Ikhwan Md Azmi dan Mohd Azlizan Mohd -SabahNewsToday