Pilih Bahasa

‘Copy’ tertusuk besi pagar tajam diselamatkan bomba dan doktor haiwan

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Tindakan pantas Pasukan Balai Bomba Lintas dan kepakaran doktor haiwan berjaya menyelamatkan nyawa seekor anjing yang tertusuk besi pagar rumah pagi tadi.

Copy tersangkut apabila bahagian abdomen tertusuk besi tajam. Gambar SNT/Ihsan BBP Lintas

Anjing betina baka daschund bernama Copy itu cuba melompat pagar setinggi satu meter sebuah rumah di Taman Ria Jalan Lintas tetapi tersangkut kerana tertusuk besi pagar tajam di bahagian abdomen.

Sebahagian besi pagar dipotong oleh anggota bomba bagi melepaskan Copy. Gambar SNT/Ihsan BBP Lintas

Lapan anggota bomba diketuai PB Roslan Awang Hasan yang datang dengan satu jentera FRT dan satu EMRS bertindak cepat memotong besi pagar untuk melepaskan Copy.

Copy menjalani pembedahan bagi mengeluarkan besi dari abdomen. Gambar SNT/Ihsan Facebook Randolf Paza

Kemudian Copy dihantar oleh pemiliknya ke klinik haiwan berdekatan dengan besi tajam masih terbenam di bahagian abdomen.

Copy sedang berehat selepas menjalani pembedahan. Gambar SNT/Ihsan Facebook Randolf Paza

Akaun Facebook doktor klinik itu, Randolf Paza menunjukkan Copy sedang berehat selepas selamat menjalani pembedahan kecemasan.-SabahNewsToday