Pilih Bahasa

Covid-19: Hanya Adun dibenarkan hadir pada Sidang Dun April depan

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Mohd Shafie (dua dari kanan) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang akan bermula 16 hingga 23 April depab hanya melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sahaja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hanya Adun dan beberapa pegawai kerajaan dibenarkan untuk menyertai persidangan terbabit.

“Acara rasmi kawalan kehormat dan jamuan semasa perasmian sidang Dun seperti kebiasaanya juga tidak akan dijalankan.

“Hal ini adalah salah satu langkah kita mengurangkan kemungkinan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Shafie katanya masyarakat Islam diminta menunaikan solat sunat Tarawih pada bulan Ramadan nanti di rumah masing-masing selain tiada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut di peringkat negeri.

Terdahulu, 21 kes positif Covid-19 baharu direkodkan di Sabah setakat pukul 5 petang hari ini berbanding 82 kes, semalam.

Jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan kes positif wabak terbabit mencecah 103 kes di seluruh negeri ketika ini.

Hal ini menjadikan Sabah negeri ketiga tertinggi merekodkan kes positif Covid-19 selepas Selangor dan Kuala Lumpur. – SabahNewsToday