Pilih Bahasa

COVID-19: Kes positif catat angka paling rendah dengan 15, tiada kematian – KP Kesihatan

Dr Noor Hisham Abdullah / Bernama

PUTRAJAYA, 27 Mei  — Jumlah kes positif hari ini mencatat angka paling rendah dengan 15 kes sejak  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan kembali pada dua angka selepas dua hari berturut-turut mencatat kes tiga angka. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7,619 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 1,421 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia.

“…sebanyak lima kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

— BERNAMA