Pilih Bahasa

Covid-19: Kota Marudu catat kes pertama

Oleh Sabah News Today

KOTA KiNABALU: Dua kes positif baharu dilaporkan termasuk yang pertama bagi Kota Marudu dan satu lagi di Tawau menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah 340 setakat 22 Mei.

Menurut Pengarah Kesihatan Datuk Dr Christina Rundi, kes Kota Marudu merupakan seorang pesakit yang dirujuk oleh Hospital Kota Marudu ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah untuk rawatan lanjut.

Pesakit tersebut dikesan positif dan telahpun dimasukkan ke wad Hospital Queen Elizabeth.

Bagi kes terbaharu di Tawau, pesakit merupakan seorang penumpang yang tiba di Tawau melalui pesawat komersial dari Kuala Lumpur.

Katanya kes tersebut ditempatkan di Pusat Kuarantin sebelum dimasukkan ke Hospital Tawau.

Punca kedua-dua kes masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, katanya dalam satu kenyataan.-SabahNewsToday