Pilih Bahasa

Covid-19: Semua fasiliti TTS ditutup

Oleh Junaidi Ladjana

Taman-Taman Sabah

KOTA KINABALU: Semua fasiliti di Gunung Kinabalu dan pulau-pulau dibawah hak kuasa Taman-Taman Sabah (TTS) akan ditutup sehingga 31 Mac ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Jamili Nais berkata langkah itu sejajar dengan keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula esok.

“Semua fasiliti membabitkan gunung serta pulau dibawah pentadbiran TTS akan ditutup.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) negeri, Augustine Tuuga berkata unit penguatkuasaan pihaknya akan terus menjalankan operasi di beberapa lokasi sekitar negeri untuk menangani pemburuan haram dan aktiviti lain.

“Namun Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Pusat Konservatif Beruang Matahari Borneo di Gumantong, Sandakan dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, ditutup sehingga 31 Mac ini.

“Hanya kakitangan yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti membersih dan memberi makanan kepada haiwan di taman berkenaan,” katanya. – SabahNewsToday