Pilih Bahasa

Cubaan seludup 31 tong gas gagal

Oleh Nasrawati Syarifuddin

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki dipercayai cuba selewang 31 tong gas petroleum cecair (LPG) membawa padah apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan di kawasan Parit Batu 3, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 31 tahun warga tempatan ditahan jam 11.30 pagi hasil risikan dan pemantauan daripada Unit Risik Marin (URM).

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali (kanan) menunjukkan tangkapan 31 tong LPG yang disyaki cuba diseludup. Gambar SNT / Ihsan PPM Sandakan

Komander PPM Wilayah 4 Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, bertindak atas maklumat URM, sepasukan pegawai dan anggota PPM Sandakan menjalankan operasi bagi mengesan kegiatan penjualan tong gas tanpa permit di sekitar kawasan berkenaan.

“Pemeriksan di kawasan itu mendapati suspek sedang menunggah 31 tong LPG yang disyaki cuba diseludup.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang membenarkan sebarang transaksi penjualan, penyimpanan dan pemindahan tong LPG dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata suspek dan rampasan itu dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Jumlah keseluruhan rampasan LPG adalah bernilai RM7,750.

“Kes diserahkan kepada KPDNHEP untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. -SabahNewsToday