Pilih Bahasa

D’ Infinity juara School of Rock 2019

Oleh Mohd Nazllie Zainul

11 kumpulan berentap merebut kejuaraan dalam pertandingan School of Rock 2019 yang berlangsung di auditorium JKKN Sabah. – Gambar SNT/Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Mengharungi perjalanan darat selama hampir lapan jam menggunaan bas bukan faktor penghalang buat kumpulan D’Infinity memburu kejayaan dalam pertandingan School of Rock 2019.

Berasal daripada Tawau, pengorbanan kumpulan terdiri daripada enam anggota remaja brusia antara 13 sehingga 17 tahun itu bukan sesuatu yang sia-sia apabila dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan pertandingan yang berlangsung di auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sabah itu.

Lebih membanggakan apabila pemain drum, gitar dan keyboard kumpulan berkenaan turut meraih anugerah terbaik untuk persembahan alat muzik masing-masing.

Azhar Matussin (empat dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada kumpulan yang menyertai School of Rock 2019 di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Nazlie Zainul

Kumpulan terbabit membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000, trofi dan sijil penyertaan manakala kategori solo masing-masing menerima wang tunai RM100, trofi dan sijil penyertaan.

Disertai 11 kumpulan, naib juara adalah milik Kugiran SMKJJ daripada Kunak manakala tempat ketiga disandang oleh Cabtabile Tra daripada Sandakan.

Naib juara serta tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM800 dan RM500 selain trofi dan sijil penyertaan.

Kumpulan D’ Infinity daripada Tawau semasa membuat persembahan di pertandingan School of Rock 2019 yang berlangsung di auditorium JKKN Sabah. – Gambar SNT/Mohd Nazlie Zainul

Acara perasmian disempurnakan oleh Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Azhar Matussin.

Guru muzik merangkap ketua rombongan D’ Infinity, Roslee Melali berkata pihaknya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi sejak awal penyertaan dalm prtandingan berkenaan disebab melihat masih banyak kumpulan pesaing yang memberikan saingan sengit.

Bagaimanapun beliau serta kumpulannya brsyukur atas kejayaan malam itu dan menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya serta mengembangkan bakat di peringkat tertinggi dalam bidang muzik.

Kumpulan D’ Infinity daripada Tawau menjadi juara keseluruhan pertandingan School of Rock 2019 yang berlangsung di auditorium JKKN Sabah. – Gambar SNT/Mohd Nazlie Zainul

Ditanya mengenai persediaan kumpulannya dalam menghadapi pertandingan itu, Roslee berkata anak didiknya hanya memperuntukkan masa kira-kira tiga jam pada setiap hari Sabtu sahaja.

“Walaupun kumpulan ditubuhkan seawal usia mereka sekolah rendah namun ramai antara pelajar ini sudah bersekolah di tempat berbeza ketika mula memasuki alam sekolah menengah. Oleh itu, agak sukar untuk kita menggabungkan mereka.

“Tetapi meskipun latihan hanya dapat dijalankan dalam jangka masa lebih sebulan namun kualiti persembahan yang mereka berikan sangat bagus dan mampu menarik perhatian juri,” katanya ketika ditemui sejurus prtandingan selesai.

Dalam pada itu, ditanyai mengenai kekangan lain yang harus ditempuhi D’ Infinity, beliau berkata kewangan juga salah satu faktor yang membimbangkan anggota kumpulannya namun mereka bersyukur ibu bapa plajar memang memberikan sokongan luar biasa samaada sokongan moral mahupun wang ringgit.  

Tiba di Kota Kinabalu tiga hari sebelum hari pertandingan, Roslee berkata pengalaman penyertaan beberapa pertandingan nyanyian berkumpulan sebelum ini memang banyak membantu anggota kumpulan.

Menurutnya, ada antara ahli kumpulan D’ Infinity itu mempelajari bidang muzik scara formal di luar waktu sekolah namun tidak kurang yang hanya mempelajari ilmu muzik secara sendiri. – SabahNews Today