Pilih Bahasa

Dakwaan Lembaga Amanah YS berniat jahat dan palsu- Musa

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menafikan sebarang perbuatan salahlaku semasa beliau menjadi pengerusi Lembaga Pemenang Amanah Yayasan Sabah dari 2003 hingga 2018.

Beliau menyatakan dakwaan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria adalah berniat jahat dan palsu.

Tan Sri Musa Aman. Gambar Fail SNT

Demikian dinyatakan peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad dalam kenyataan hari ini berikutan kenyataan Jamalul bahawa Yayasan Sabah telah memfailkan saman terhadap anak guamnya.

Jamalul dalam kenyataannya berkata pihak Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah ingin menuntut kembali wang berjumlah RM872 juta yang mereka percaya hilang akibat perjanjian balak yang meragukan.

Tengku Fuad Tengku Ahmad. Gambar Fail SNT/Mohd Adam Arinin

Tengku Fuad berkata Musa menafikan sekerasnya dakwaan bahawa beliau melanggar mana-mana tugas fudisiarinya sebagai pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dari 2003 hingga 2018.

“Kedua, adalah amat meragukan, pelik dan tidak wajar untuk mengetahui mengenai saman Yayasan Sabah itu melalui kenyataan akhbar dan laporan media,” katanya.-SabahNewsToday