Pilih Bahasa

DAPSY sasar lebih ramai penyertaan sempena Karnival Sukan Penampang 2019

Oleh Mohd Nazllie Zainul

PENAMPANG: DAP Socialist Youth (DAPSY) mensasarkan ramai penyertaan orang awam sempena penganjuran Karnival Sukan Penampang 2019 tahun ini.

Ketua DAPSY Penampang merangkap Pengerusi Penganjur, Jeremy Ho berkata pihaknya menerima kira-kira 400 penyertaan tahun sebelumnya dan pastinya mahu penglibatan lebih ramai ketika penganjuran karnival berkenaan pada 20 Oktober hadapan di Kompleks Sukan Penampang.

Jeremy (empat dari kanan) dan Jannie (lima dari kanan) ketika sidang media berkaitan Karnival Sukan Penampang 2019 di Penampang, hari ini. -Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

Jeremy berkata acara melibatkan lima sukan utama seperti bola keranjang, bola tampar, pingpong, bola sepak dan ‘mobile legend’.

“Tahun ini kita menambah mobile legend sebagai salah satu yang dipertandingkan untuk mempelbagaikan sukan.

“Ia juga secara tidak langsung boleh menarik penyertaan golongan belia terutamanya bergiat aktif dalam sukan e-games ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena sidang media memaklumkan penganjuran larian terbabit, di sini, hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan, Jannie Lasimbang.

Dianjurkan bersama DAPSY Kepayan dan DAPSY Penampang, semua pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai, trofi dan medal. -SabahNewsToday