Pilih Bahasa

Dart Double Terbuka Kiau dapat sambutan hebat

Oleh Sabah News Today

KOTA BELUD: Pertandingan Dart Double Terbuka Kiau 2020 anjuran Nelloven Double Top Kiau di Dewan Serbaguna Kampung Kiau Taburi mendapat sambutan amat menggalakkan.

Ewon bergambar bersama juara dan naib juara Pertandingan Dart Double Terbuka Kiau 2020.-Gambar SNT/Ihsan KPLB

Dua pasukan dari Papar masing-masing dinobatkan sebagai juara dan naib juara, manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan dari Ranau dan Tuaran dalam pertandingan dua hari itu.

Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM2,000, tempat kedua RM1,000, ketiga dan keempat RM400.

Ewon bergambar bersama para pemain dart dari Kiau.-Gambar SNT/Ihsan KPLB

Kesemua pemenang turut menerima medal.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick pada majlis penutupan pertandingan Dart Double Terbuka di Dewan Kampung Kiau, di sini pada malam Ahad lalu.

Ewon turut menunjukkan kebolehan dalam sukan dart.-Gambar SNT/Ihsan KPLB

Ewon memuji pihak penganjur atas kejayaan acara itu dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang bukan sahaja untuk mencungkil bakat-bakat golongan belia dalam sukan dart tetapi juga mempromosikan homestay dan eko pelancongan Kampung Kiau kepada para peserta luar.-SabahNewsToday