Pilih Bahasa

Datuk Tengku Maimun Tuan Mat lakar sejarah, wanita pertama dilantik Ketua Hakim Negara

Oleh Sabah News Today

KUALA LUMPUR: Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menjadi hakim wanita pertama mengetuai badan perundangan negara setelah pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Dalam kenyataannya pada hari ini, Pejabat Perdana Menteri menyatakan pelantikan tersebut berkuatkuasa pada hari ini.

Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Gambar SNT/Ihsan PMO

Pelantikan tersebut dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara pada 12 April lalu.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Malanjum atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara.-SabahNewsToday