Pilih Bahasa

DATUK YAZID ARSHAD PANGLIMA WILAYAH UDARA 2 BAHARU

Oleh Mohd Adam Arinin

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jenaral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Udara Wilayah 2 diantara Mejar Jeneral Datuk Abdul Manaf Md Zaid (kiri) dengan Brig Jen Datuk Yazid Arshad di Kompleks TUDM Bukit Kubong, Labuan. Gambar SNT/Ehsan Markas Wilayah Udara 2

LABUAN: Brigadier Jeneral Datuk Yazid Arshad dilantik Panglima Wilayah Udara 2 yang baharu, menggantikan Mejar Jeneral Datuk Abdul Manaf Md Zain berkuat kuasa hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas ini disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad di Kompleks TUDM Bukit Kubong, Labuan.

Brigedier Jeneral Datuk Hj Yazid Arshad, Panglima Wilayah 2 Baharu. Gambar SNT/Ehsan Markas Wilayah 2

Seramai 11 pegawai dan 100 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam perbarisan yang turut dihadiri oleh Komander-Komander Pangkalan, Eksekutif Markas Wilayah Udara 2 dan Pegawai Memerintah Skuadron serta Ketua Cawang Wilayah Udara 2.

Mejar Jeneral Datuk Abdul Manaf Md Zaid memeriksa barisan buat kali terakhir sebagai Panglima Wilayah Udara 2 pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Udara 2 di Kompleks TUDM Bukit Kubong, Labuan. Gambar SNT/Ehsan Markas Wilayah Udara 2

SabahNewsToday menyampaikan sekalung penghargaan kepada Mejar Jeneral Datuk Abdul Manaf Md Zain yang bersara wajib, atas kerjasama semasa liputan khas Lintas Udara Hari Kebangsaan 2018 dan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di Palu, Sulawesi.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad (tengah) menerima tabik hormat ketika hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Udara 2 di Kompleks TUDM Bukit Kubong, Labuan. Gambar SNT/Ehsan Markas Wilayah Udara 2

Kepada Brig Jen Datuk Yazid Arshad, SabahNewsToday ucapkan selamat datang ke Wilayah Udara 2. -SabahNewsToday