Pilih Bahasa

DBKK pupuk kerjasama dengan media

KOTA KINABALU: Perlawanan persahabatan di antara pasukan bola sepak Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) menjadi landasan penting untuk mengeratkan kerjasama kedua-dua pihak.

Lebih bermakna Mayor DBKK Datuk Nordin Siman dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Ariffin Asgali hadir pada perlawanan di Stadium Likas di sini semalam dengan keputusan 3-2 berpihak kepada DBKK.

Nordin (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Muguntan (dua kanan) sambil disaksikan oleh Arifin (tengah) dan pemain dari kedua-dua pasukan. -Gambar SNT/Ihsan SJA

Ariffin turut beraksi pada perlawanan persahabatan itu bersama pasukan DBKK dan pasukan SJA diketuai sendiri oleh presidennya Muguntan Vanar.

Perlawanan persahabatan itu antara program DBKK dalam ‘KK Moving Forward’ dan sebelum ini turut diadakan perlawanan bowling.

Dua gol DBKK dijaringkan oleh Pengarah Jabatan Landskap DBKK Robert Lipon dan satu lagi oleh Zeck Abdul Rahman.

Bagi pasukan SJA, kedua-dua jaringan oleh Syamsuddin Ag Bungsu dari RTM Sabah.

Ariffin yang ditemui media sebelum perlawanan menyifatkan penganjuran itu dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pihak DBKK dengan pengamal media.

Katanya peranan media penting terutama dalam membuat liputan dan menyebarkan program DBKK kepada masyarakat terutama program ‘KK Moving’. -SabahNewsToday