Pilih Bahasa

Dewan Muslimat Pas Papar ziarah mangsa kebakaran

Siti Aisyah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Santing, Pengalat Besar Papar. – Gambar SNT/Ihsan Pas Sabah

PAPAR: Dewan Muslimat Pas Kawasan Papar (DMPKP) mengadakan progran ziarah mangsa kebakaran di Kampung Santing, Pengalat Besar, dekat sini baru-baru ini.

Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Muslimatnya, Siti Aishah Rahman telah menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah buat anak-anak mangsa yang masih bersekolah seramai tujuh orang iaitu enam sekolah rendah dan seorang menuntut di sekolah menengah.

Turut hadir semasa ziarah tersebut, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKP, Rosdiana Rala; Setiausahanya, Syazwina Rasimin; Bendahari, Azilah Jasni dan Pengerusi Helwa, Nurizyan Hussin.

Mangsa kebakaran, Jamaluddin Abd Rahim selaku ketua keluarga serta 23 ahli keluarga lain yang turut tinggal di dalam sebuah rumah kehilangan semua kelengkapan rumah dan terpaksa menumpang berteduh di rumah keluarga terdekat.

“Kami berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dan memudahkan anak-anak untuk bersekolah semula dan dipermudahkan urusan keluarga,” kata Siti Aisyah.

Sumbangan dan kunjungan ziarah DMPKP disambut oleh Noraimah Jamaluddin, selaku wakil keluarga mangsa yang turut memberitahu punca kebakaran berlaku disebabkan litar pintas. – SabahNewsToday