Pilih Bahasa

Drama kompak pertama ERA Sabah capai tontonan digital tinggi

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Barisan pelakon filem Sesal Tak Bermakna bersama para peminat mereka sempena tayangan filem itu di Marina Sutera Harbour. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Drama terbitan ERA Sabah, ‘Sesal Tak Bernoktah’ berjaya mencapai jumlah tontonan digital yang tinggi daripada penonton.

Drama kompak digital pertama dihasilkan ERA Sabah dan Team Bradaa itu mendapat sambutan menggalakan dalam masa empat minggu sejak mula ditayangkan bermula 17 September lalu.

Tontonan episod pertama mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 51,000 dan jumlah tontonan kesuluruhan bagi episod satu hingga enam telah mencecah 180,000.

Ini sekaligus merakamkan jumlah tontonan bagi drama itu di media sosial Facebook ERA Sabah adalah sebanyak 620,000.

Pengurus Besar Astro Radio, Sabah dan Sarawak, Hafizuddin Nizamuddin berkata, ERA Sabah akan terus bekerja keras untuk menawarkan kandungan yang sentiasa relevan bagi peminat stesen radio itu tanpa mengambil kira platform yang digunakan.

“Strategi ini turut memenuhi etos kami iaitu, ‘Watch Radio'(Tonton Radio), yang menekankan khidmat memacu ke arah gaya hidup peminat yang serba canggih dan celik teknologi.

“Kami amat gembira atas kejayaan drama ‘Sesal Tak Bernoktah’ yang terbukti menepati citarasa peminat kami di Sabah.

“Maka dengan itu, kami akan teruskan usaha menampilkan kandungan program. yang mencontohi nilai-nilai mereka, dan menyediakan platform tambahan untuk lebih interaksi antara kami dan peminat,” katanya sempena tayangan ekslusif episod akhir Sesal Tak Bernoktah di sini hari ini.

Drama tersebut yang disiarkan secara ekslusif di laman media sosial (Facebook dan lnstagram) ERA Sabah dan Team Bradaa, menampilkan bakat lakonan penyampai radio ERA Sabah seperti Jay Jay, Addnan, Lopz, Mijul, Kim, Emma dan Samantha serta kumpulan orang berpengaruh, Team Bradaa.

Sesal Tak Bernoktah menepati citarasa para peminat ERA Sabah dan Team Bradaa kerana jalan cerita yang menyuntikkan nilai-nilai pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar oleh peminat-peminat yang menonton. – SabahNewsToday