Pilih Bahasa

Dua beradik nekad terjun selamatkan diri ketika rumah terbakar

Oleh Nasrawati Syarifuddin

SANDAKAN: Dua beradik nekad terjun dari tingkat dua rumah mereka demi menyelamatkan diri daripada kebakaran, di Batu 2 1/2, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.33 tengah hari itu, mangsa Marina Zulfiqar, 24, dan adiknya Risqi Zulfiqar cedera di bahagian kaki dan tangan.

Pihak bomba bertindak memadam kebakaran rumah dua tingkat di Batu 2 1/2 Sandakan. Gambar SNT / Ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya yang menerima panggilan berkenaan bergegas ke lokasi kejadian sejauh dua kilometer.

“Seramai 13 anggota digerakkan ke lokasi menaiki empat jentera penyelamat.

Dua beradik cedera dibahagian kaki dan tangan selepas nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan. Gambar SNT / Ihsan JBPM Sabah

“Operasi memadam kebakaran kemudian dijalankan. Bagaimanapun, kebakaran berkenaan mengakibatkan rumah terbabit musnah 100 peratus.

“Dua beradik didapati cedera selepas terjun dari tingkat dua rumah berkenaan. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital
Duchess of Kent untuk rawatan lanjut,” katanya.

Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba. Gambar SNT / Ihsan JBPM Sabah

Api kemudian berjaya dikawal 15 minit dan dipadam sepenuhnya dua jam kemudian.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – SabahNewsToday