Pilih Bahasa

Dua cedera parah dalam kemalangan di Kampung Tanaki

Oleh Alfred Petrus

PAPAR: Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami cedera parah selepas terlibat kemalangan jalan raya di Kampung Tanaki, malam semalam.

Bagaimanapun, Pegawai Bomba (PB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Kamaruddin Kamarulzaman berkata pihaknya tidak memperoleh maklumat mangsa kejadian.

Keadaan toyota vios berkenaan selepas bertembung dengan lori lima tan. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Tambahnya ketika kejadian membabitkan dua buah kenderaan jenis lori lima tan yang bertembung dengan Toyota Vios menyebabkan tiga orang mangsa mengalami kecederaan.

Namun, kesemua mangsa di dalam Toyota Vios berkenaan berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Dalam pada itu, Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Pegawai Perubatan memberi rawatan awal seterusnya menghantar ketiga mangsa ke Hospital Papar menggunakan jentera EMRS dan Ambulans.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berkenaan pada pukul 9.31 malam.

Seterusnya, BBP Papar menggegaskan sembilan orang anggota yang diketuai oleh Kamaruddin ke lokasi kejadian menggunakan sebuah jentera FRT dan EMRS.

Ketika operasi, pasukan bomba turut melakukan pemeriksaan kawasan kemalangan bagi memastikan keadaan selamat.

Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.10 malam. -SabahNewsToday