Pilih Bahasa

DUA DITEMUI MAUT, TERTIDUR DALAM KERETA

Oleh Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Dua individu ditemui mati didalam sebuah kereta jenis kompak di tempat parkir sebuah apartment di pusat membeli belah di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata dua individu itu dikenalpasti identitinya sebagai Hanafi Marlin, 23, dan Marcella Nur Anis Ahmadi, 20.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati kedua-dua mangsa tertidur dalam kenderaan pada masa dan tarikh yang tidak pasti sehingga mayat mereka ditemui awal subuh, hari ini.

Marcella Nur Anis Ahmadi

“Pegawai perubatan dari Hospital Likas telah dipanggil ke lokasi kejadian dan mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Habibi, pihak polis seterusnya membuat pemeriksaan pada tubuh mangsa dan tidak menunjukkan berlaku sebarang unsur-unsur jenayah untuk dikaitkan sebagai punca kematian.

“Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa adalah ‘Carbon Monoxide Poisoning’.” katanya

Kereta di mana mereka ditemui. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

Habibi turut menasihati orang ramai agar tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan dengan enjin yang tidak dimatikan atau kenderaan tidak bergerak bagi mengelakkan risiko perkara seperti ini berlaku. -SabahNewsToday