Pilih Bahasa

Dua kereta musnah dalam kebakaran

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Rumah penduduki Jalan Kobibi Kampung Lajung, Kudat musnah dalam kebakaran. – Gambar SNT/Ihsan bomba

KUDAT: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kobibi Kampung Lajung, dekat sini petang tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu.

Namun sebuah kereta jenis Naza terbakar 100 peratus manakala sebuah kenderaan Perodua Kembara musnah sebahagian ekoran terkena bahang kebakaran.

Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran di sebuah rumah di Jalan Kobibi Kampung Lajung, Kudat. – Gambar SNT/Ihsan bomba

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Mohd Saidi Tabin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada pukul 1.06 petang melalui talian kecemasan 999.

Mohd Saidi berkata setibanya dilokasi dimaklumkan rumah jenis separuh kekal terbabit sudah terbakar kira-kira 80 peratus.

Anggota bomba memeriksa keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kobibi Kampung Lajung, Kudat. – Gambar SNT/Ihsan bomba

Beliau menyatakan kebakaran dapat dikawal sekitar jam 1.38 petang dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.05 petang.

Dalam pada itu, Mohd Saidi berkata punca sebenarnya kejadian dan nilai kerugian keseluruhan masih dalam siasatan. – SabahNews Today